Piala Dunia Qatar: Dia akan kembali lebih mantap, Luka Modric pujuk Rodrygo

Shaiful Shamsudin
December 9, 2022 20:33 MYT
Luka Modric percaya rakan sepasukan di kelab Real Madrid, Rodrygo, akan bangkit lebih mantap selepas tendangannya diselamatkan dalam kemenangan Croatia ke atas Brazil dalam suku akhir Piala Dunia, sebentar tadi.
Rodrygo merupakan salah seorang daripada dua pemain yang gagal dari jarak 12 ela itu termasuk Marquinhos ketika skuad Selecao disingkirkan 2-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 di Stadium Education City.

We proudly present... ...your #Croatia heroes of #Qatar2022! ?#FIFAWorldCup #Family #Vatreni❤️‍? pic.twitter.com/wbsniX3ADP

— HNS (@HNS_CFF) December 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Modric faham kepahitan yang terpaksa ditelan rakan sepasukannya berumur 21 tahun itu dan perancang tengah tersebut hanya setahun lebih tua ketika gagal dalam situasi sama yang menjadu punca Croatia disingkirkan Turki dalam Euro 2008.
Di sebalik kekecewaan itu, kapten skuad Vatreni tersebut yakin Rodrygo mampu memanfaatkan kepahitan yang dihadapinya dengan memberitahu pemberita: "Saya pasti dia akan menimba lebih banyak pengalaman dan kekuatan untuk terus berjuang.
"Dia akan menjadi lebih kuat dengan semua ini.
"Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kami harus mengucapkan tahniah kepada Rodrygo kerana mempunyai kekuatan dan mentaliti untuk mengambiln sepakan penalti itu.
"Semua orang boleh gagal. Saya sempat memberi galakan kepadanya. Saya mempunyai pergaulan yang baik dengannya dan malang kali ini saya perlu berdepan dengannya."
#Luka Modric #Brazil #Croatia #Piala Dunia Qatar #Rodrygo