Piala Dunia Qatar: Deschamps anggap Perancis 'nasib baik' atasi England
Ammar Hakim
December 11, 2022 16:46 MYT
December 11, 2022 16:46 MYT
Perancis bertuah dalam kemenangan suku akhir Piala Dunia Qatar ke atas England menurut ketua jurulatih, Didier Deschamps, yang telah memuji prestasi pasukan kendalian Gareth Southgate.
Penyandang juara dunia itu layak ke separuh akhir menentang Maghribi hasil jaringan Aurelien Tchouameni dan Olivier Giroud, dengan Harry Kane menjaringkan gol dan gagal untuk untuk kali kedua bagi menyamakan kedudukan.
Deschamps berkata selepas perlawanan, "Ia adalah perlawanan yang sengit, kami bermain dengan pasukan England yang hebat daripada segi teknikal dan fizikal.
"Ia merupakan satu pencapaian yang terbaik untuk pemain berada dalam kelompok empat terakhir sekali lagi. Kami agak bertuah walaupun kami memberikan dua sepakan penalti tetapi kami mengekalkan kelebihan itu hingga tamat perlawanan."
Pemenang di antara Perancis dan Maghribi bakal berdepan pemenang di antara Argentina atau Croatia dalam aksi final dengan bintang-bintang England pulang bagi membuat persiapan semula dalam aksi Liga Perdana Inggeris.