Piala Dunia Qatar: Depay sindir bekas bintang NBA perlekeh Belanda
Shaiful Shamsudin
December 4, 2022 10:13 MYT
December 4, 2022 10:13 MYT
Memphis Depay membidas bekas bintang Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) merangkap penganalisis TV Amerika Syarikat (AS), Charles Barkley, berikutan kemenangan 3-1 Belanda ke atas AS dalam pusingan 16, Piala Dunia, awal pagi tadi.
Depay membuka jaringan dalam kemenangan itu selepas Barkley mula merendah-rendahkan keupayaan negaranya termasuknya yang belum melakar sebarang jaringan menjelang pertembungan peringkat kalah mati berkenaan.
“I GUARANTEE THE NETHERLANDS IN TROUBLE" ?⚽️ Charles is all in on the @USMNT pic.twitter.com/QL5Idqydrk
— NBA on TNT (@NBAonTNT) November 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Barkley berkata kepada NBA di TNT: "Kita akan menyingkirkan Belanda. Kita akan bersuka ria kerana saya jamin Belanda dalam masalah."
Sebelum sepak mula pertemuan mereka, akaun Twitter rasmi skuad Oranje menciap video petikan Barkley itu dan penyerang Barcelona tersebut akhirnya berada di sebelah pihak yang menyambut kejayaan.
"Banyak bernyalak, tanpa gigitan," ciap Depay di Twitter hanya beberapa jam selepas perlawanan itu dengan imej Barkley yang kelihatan sedih dengan keputusan 3-1 terpampang.
Kemenangan itu bermakna pasukan Eropah berkenaan akan berdepan Argentina dalam suku akhir, awal pagi Sabtu depan.
Lotta bark, no bite. pic.twitter.com/a43wWacY9v
— Memphis Depay (@Memphis) December 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.