Cristiano Ronaldo mengisytiharkan Portugal "begitu hampir diruntuhkan oleh kuasa luar" ketika bertindak balas berhubung laporan dia mengancam untuk meninggalkan kem Portugal dalam Piala Dunia.

Akhbar Portugese Record mendakwa ketua pasukan kebangsaan itu mengancam untuk meninggalkan kem negaranya di Qatar selepas diberitahu tidak akan memulakan perlawanan pusingan 16 berdepan Switzerland.

Ia didorong oleh ketua jurulatih, Fernando Santos. yang mengkritik reaksi pemain itu selepas digantikan dalam kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, Persekutuan Bola Sepak Portugis (FPF) dengan pantas menafikan bahawa Ronaldo, yang masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 6-1 ke atas Switzerland kelmarin, telah menyuarakan sebarang ancaman.

Pemain tanpa kelab itu kemudian menggunakan Twitter sambil berikrar untuk terus mencurah segala kudratnya bagi Portugal memastikan menggondol trofi Piala Dunia.

"Kumpulan ini begitu hampir dimusnahkan oleh kuasa luar," kata penyerang itu bersama imej rakan sepasukannya meraikan gol ketika menentang Switzerland.

"Portugal berani membiarkan dirinya digeruni oleh musuh. Pasukan ini dalam erti kata sebenar akan berjuang untuk mencapai impian habis-habisan! Yakinlah dengan kami! Kekuatan, Portugal!"