Piala Dunia Qatar: Costa Rica kejutkan Jepun, saingan Kumpulan E kembali terbuka

Ammar Hakim
November 27, 2022 12:25 MYT
Costa Rica berjaya mengejutkan Jepun dengan kemenangan 1-0 dalam saingan Piala Dunia Qatar sekaligus membuka semula persaingan peringkat Kumpulan E.
Perlawanan yang hambar di antara kedua-dua pasukan yang beraksi di Stadium Ali Bin Ahmad itu kelihatan bakal menjadi perlawanan keenam yang beraksi dengan keputusan tanpa jaringan sebelum Keysher Fuller melencong bola mengatasi penjaga gol Jepun, Yeltsin Tejeda, ketika perlawanan berbaki sembilan minit.
Jepun merupakan pasukan yang lebih cemerlang, terutama sekali dalam separuh masa kedua, tetapi Costa Rica mendahului menerusi percubaan pertama mereka dalam kejohanan kali ini.
Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi tiga mata menjelang perlawanan terakhir, dengan Jerman kini berpeluang untuk ke peringkat kalah mati dengan kemenangan ke atas Costa Rica dalam aksi terakhir walau apa jua keputusan ketika bertemu Sepanyol.

1 - Costa Rica have scored with their first shot on target at the Word Cup 2022 (four total shots). Effectiveness. pic.twitter.com/ttnRDwph1R

— OptaJose (@OptaJose) November 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Costa Rica #Jepun #Piala Dunia Qatar