Shaiful Shamsudin
Wed Dec 14 2022
Belgium merancang melantik calon yang pernah memenangi gelaran sambil mengalu-alukan permohonan untuk menggantikan Roberto Martinez sebagai ketua jurulatih selepas tersingkir awal dalam Piala Dunia 2022.
Martinez mengetuai Belgium ke separuh akhir edisi lalu apabila meraih tempat ketiga di Russia, empat tahun lalu, tetapi prestasi The Red Devils sama sekali tenggelam di Qatar.
Kekalahan mengejut 0-2 kepada Maghribi dan seri tanpa jaringan dengan Croatia menyaksikan Belgium gagal melepasi ranjau pertama dan mengundang Martinez angkat kaki.
Selepas gagal mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998, Belgium -- yang mengisi kedudukan kedua ranking dunia FIFA -- sedang memburu seorang jurulatih yang pengalaman menguruskan barisan pemain terbaik".
Mengumumkan permulaan proses pelantikan itu, Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium (RBFA) berkata: "Sekalipun tersingkir awal dalam Piala Dunia di Qatar, RBFA tetap bercita-cita tinggi untuk masa depan.
"RBFA sedang mencari jurulatih pasukan kebangsaan sepenuh masa yang tahu cara untuk menang. Jurulatih pasukan kebangsaan baharu sangat bercita-cita tinggi dan mempunyai pengalaman antarabangsa yang diperlukan di peringkat teratas, pengetahuan taktikal bola sepak serta kemahiran peribadi yang tepat.
"Calon itu perlu tahu cara dalam mewujudkan hubungan rapat dalam kalangan pasukan dan berkemahiran berintegrasi dengan pemain muda."
RBFA juga sedang mendapatkan pengarah sukan bola sepak elit bagi menggalas tanggungjawab menerajui visi bola sepak persatuan itu, dengan permohonan di dalam talian buat kedua-dua peranan tersebut dialu-alukan sehingga 10 Januari depan.
Belgium diundi di samping Austria, Sweden, Azerbaijan dan Estonia dalam proses kelayakan ke Euro 2024 yang bermula pada Mac 2023.
Declan Rice galas tugas Kapten pada penampilan ke-50
Pemain tengah England, Declan Rice bakal diberikan penghormatan menggalas tanggungjawab tidak dijangka untuk mengetuai England dalam penampilan setengah abadnya pada perlawanan persahabatan menentang Belgium awal pagi Rabu ini.
Kelayakan Euro 2024: Victor Lindelof tergamam dua penyokong Sweden ditembak mati di Belgium
Pertahanan Sweden, Victor Lindelof, berkata dia hilang kata-kata dengan kekejaman dan hilangnya sikap perikemanusiaan selepas dua penyokong pasukannya ditembak mati menjelang perlawanan kelayakan Euro 2024 di Belgium awal pagi tadi.
Kelayakan Euro 2024: Aksi Belgium-Sweden dihentikan selepas dua penyokong ditembak mati
Perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 di antara Belgium dan Sweden dihentikan pada waktu rehat separuh masa selepas dua penyokong ditembak mati di Brussels awal pagi tadi.
Kelayakan Euro 2024: Aksi Belgium-Sweden ditangguh susulan dua orang ditembak mati di Brussels
Aksi kelayakan Euro 2024 Belgium menentang Sweden telah ditangguh pada separuh masa selepas dua orang mati ditembak di Brussels.
Kelayakan Euro 2024: Belgium sahkan kelayakan selepas atasi Austria
Belgium mengesahkan kelayakan ke kejohanan utama Euro 2024 apabila mengatasi Austria 2-1 dalam perlawanan Kumpulan F pusingan kelayakan di Vienna awal pagi tadi.
Persahabatan Antarabangsa: De Bruyne pamer gemilang bantu Belgium atasi Jerman
Kevin de Bruyne mempamerkan aksi gemilang untuk memastikan ketua jurulatih baru Belgium, Domenico Tedesco, memperoleh dua kemenangan pertama berturut-turut apabila mengatasi Jerman 3-2 dalam aksi persahatan antarabangsa awal pagi tadi.
Ketua jurulatih Belgium tidak perlu buktikan reputasi di Jerman
Domenico Tedesco percaya dia tidak perlu membuktikan apa-apa sekembalinya ke Jerman bersama pasukan baru, Belgium, selepas dipecat RB Leipzig dan Schalke.
Tedesco: Belgium mampu pamer aksi lebih mantap
Domenico Tedesco menjangkakan untuk melihat lebih banyak lagi daripada pasukan Belgium pimpinannya, walaupun kemenangan mengagumkan 3-0 ke atas Sweden dalam perlawanan pertamanya sebagai ketua jurulatih.
Kelayakan Euro 2024: Hatrik Lukaku kecewakan Sweden di Stockholm
Romelu Lukaku meledak hatrik ketika Belgium membuka era baru di bawah kepimpinan Domenico Tedesco dengan kemenangan 3-0 ke atas Sweden dalam aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi tadi.
Kelayakan Euro 2024: Kevin De Bruyne galas peranan kapten Belgium
Belgium mengesahkan Kevin De Bruyne akan memakai lilitan ketua pasukan tetap.
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.
Juventus hit back from two goals down to salvage a draw at Cagliari
Raith Rovers keep unlikely title bid alive with narrow victory at Inverness
.
Oxford frustrated in play-off push as Stevenage force draw
.
Former Wales winger Leighton James dies, aged 71
Emma Hayes: Chelsea not overthinking semi-final against ‘world-class’ Barcelona
England stars out cheaply as Dukes ball returns to County Championship
Emma Raducanu’s run at Stuttgart Open ended by world number one Iga Swiatek