Argentina tidak dapat menyempurnakan perarakan kemenangan Piala Dunia berikutan bas mereka ditahan oleh orang ramai di Buenos Aires.

Dianggarkan berjuta-juta orang telah berpusu-pusu ke jalan raya bagi menyambut kepulangan barisan wira Piala Dunia itu dengan harapan dapat melihat kelibat Lionel Messi dan trofi berprestij berkenaan.

Tetapi jumlah penyokong yang hadir boleh mengancam faktor keselamatan berikutan cuti kebangsaan diisytiharkan dua hari selepas kemenangan ke atas Perancis dalam perlawanan akhir di Qatar.

Rakaman media sosial menunjukkan orang ramai cuba memanjat ke atas bas yang membawa rombongan pasukan Argentina ketika perarakan itu sebelum terpaksa bersambung menggunakan helikopter.

Jurucakap Presiden Argentina, Gabriela Cerruti, menyiarkan di Twitter: "Juara dunia terbang ke seluruh laluan dengan helikopter kerana adalah mustahil untuk meneruskan perarakan di darat memandangkan terlalu gembira.



"Ayuh kita terus raikannya dengan aman dan pamerkan kasih sayang dan kekaguman kita kepada mereka!"

Presiden AFA, Chiqui Tapia, sudah pun mengesahkan pasukan itu tidak akan dapat sampai ke lokasi ikonik, Obelisco.

"Mereka tidak membenarkan kami menyapa hadirian yang sudah berada di Obelisco," tulis Tapia.

"Agensi keselamatan sama yang mengiringi kami tidak membenarkan kami bergerak ke hadapan.

"Seribu kemaafan bagi pihak semua juara dunia. Sayang sekali."