Shaiful Shamsudin
Sat Dec 03 2022
Ketua jurulatih Australia, Graham Arnold, percaya anak buahnya mampu mencipta kejutan terbaru dalam Piala Dunia di Qatar ketika berdepan Argentina yang diketuai Lionel Messi, awal pagi esok.
Ia bukan lagi satu kejutan yang menyaksikan Socceroos menghadiahkan kekalahan kepada semi-finalis Euro 2020, Denmark, dalam pertembungan Kumpulan D.
Kemenangan itu secara tidak langsung menempah pertemuan dengan Argentina -- yang ditumbangkan Arab Saudi -- dalam perlawanan pembukaan.
Australia pernah menikmati beberapa siri kejayaan sepanjang pertemuan dengan La Albiceleste, malah Arnold sendiri merupakan sebahagian tonggak Socceroos yang menewaskan Argentina dalam edisi 1988 dan pada Julai lalu, pasukan Olimpik mereka merakamkan satu lagi kejayaan ke atas lawan dari Amerika Selatan itu.
"Saya fikir Argentina akan mendorong Australia untuk tampil lebih baik," katanya.
"Setiap kali menentang Argentina, kami secara tidak langsung menjadi sangat mantap dan sangat bagus jadi kami perlu mengharungi pertemuan ini dengan penuh kepercayaan dan bertenaga.
"Kami fokus kepada diri sendiri dan tugas kami."
Harry Souttar mungkin merupakan bintang Australia yang paling menyerlah di peringkat kumpulan dan dia menambah: "Kami telah mengejutkan beberapa pihak menerusi keputusan yang kami peroleh, jadi kami ingin terus maju dan mengejutkan beberapa orang lagi."
Sukan Komanwel 2026: Australia bergelut, Malaysia ganti tuan rumah?
Sukan Komanwel 2026 kelihatan masih tiada tuan rumah berikutan bebanan kewangan yang sedang dihadapi tuan rumah asal, Victoria, Australia dan mereka dilaporkan lebih rela untuk membayar denda US$243 juta (RM1.149 bilion).
Undi: Ramai bandingkan free kick Son Heung-min dengan Neymar, anda pilih yang mana?
Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, menjaringkan gol kemenangan Korea Selatan untuk menyingkirkan Australia dalam aksi suku akhir Piala Asia Qatar di Stadium Al Janoub awal pagi tadi.
Piala Asia: Penalti lewat permainan, kad merah jadi rencah Republik Korea ke separuh akhir
Son Heung-min memikul watak wira ketika memastikan Republik Korea bangkit menewaskan Australia 2-1 selepas masa tambahan di Stadium Al-Janoub awal pagi tadi, sekali gus layak ke separuh akhir Piala Asia Qatar 2023.
Piala Asia: Indonesia makin berkembang, perlukan pengalaman -- Shin Tae-yong
Di sebalik tewas 0-4 di tangan Australia di pusingan 16 Piala Asia Qatar, Pengurus skuad Indonesia, Shin Tae-yong, menegaskan prestasi pasukannya jauh lebih baik dan tidak mencerminkan keputusan perlawanan.
Piala Asia: Arnold puji kualiti jentera serangan Australia
Graham Arnold memuji jentera serangan The Socceroos selepas Australia mara ke suku akhir Piala Asia Qatar dengan kemenangan 4-0 ke atas Indonesia.
Piala Asia: Australia perlu tingkat prestasi selepas bergelut jinakkan India
Australia memulakan misi memburu kejuaraan Piala Asia dengan menyusun permainan lebih kemas dalam separuh masa kedua untuk menghasilkan kemenangan 2-0 ke atas India menerusi sentuhan penyudah Jackson Irvine dan Jordan Bos, malam tadi.
Piala Asia: Juara Pestabola Merdeka turun beraksi bertemu China malam ini!
Saingan bolasepak tertinggi Asia bakal menyajikan tiga perlawanan saingan peringkat kumpulan dijadualkan berlangsung bermula jam 7.30 malam ini.
Persahabatan Antarabangsa: Henderson diejek penyokong sendiri ketika England atasi Australia
Jordan Henderson diejek penyokong sendiri ketika Ollie Watkins menjaringkan gol tunggal untuk England mengatasi Australia 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Aksi persahabatan England-Australia peringati mangsa konflik Israel-Palestin
Lilitan lengan hitam akan dipakai dan seminit berrtafakur akan diadakan dalam perlawanan persahabatan di antara England dan Australia di Stadium Wembley awal pagi esok.
Ange Postecoglou tidak lihat sebarang perkembangan bola sepak di Australia
Australia menentang England di Wembley namun bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Ange Postecoglou, tidak membayangkan bola sepak benar-benar mempamerkan perkembangan.
‘No regrets’ says Pep Guardiola after Manchester City loss in Champions League
Yorkshire not in ECB’s new ‘Tier 1’ revamp of women’s professional game
Mikel Arteta: What Arsenal still have to play for is beautiful
I still believe – Philippe Clement not losing hope despite title setback
Penalty heartache for Manchester City as Real Madrid end Champions League dream
Bernardo Silva and Mateo Kovacic both missed from the spot as City were beaten 4-3 in a shoot-out.
Rangers title bid suffers another blow in drab goalless draw at Dundee
Arsenal’s season suffers another blow with Champions League exit in Munich
Emma Raducanu records impressive victory over Angelique Kerber in Stuttgart
Raducanu continued her promising form on clay by breezing past the two-time former champion.
Aldershot move into play-off places with victory at 10-man Gateshead
Haaland, Palmer, Watkins? Assessing the Premier League's Golden Boot candidates
The PL's Golden Boot candidates