Piala Dunia Kelab: Palmeiras selesa ke final

Shaiful Shamsudin
February 9, 2022 09:35 MYT
PALMEIRAS 2 AL AHLY 0
Raphael Veiga dan Dudu masing-masing mencetak satu gol dan saling mencipta bantuan jaringan ketika Palmeiras menewaskan Al Ahly 2-0 dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab di Stadium Al Nahya, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Selepas tewas kepada Tigres UANL dalam separuh akhir tahun lalu sebelum disingkirkan oleh Al Ahly dalam penentuan sepakan penalti dalam perebutan tempat ketiga, kemaraan ke final pastinya mengubati duka lalu Palmeiras.
Veiga membuka tirai jaringan enam minit sebelum separuh masa pertama berakhir sebelum Dudu menggandakan pendahuluan juara Copa Libertadores itu pada awal separuh masa kedua.
Al Ahly kehilangan beberapa pemain utama sementara bintang tengah Mesir, Amr Al Soleya, tetap dipertaruhkan selepas mengharungi perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), kelmarin.

ESTAMOS NA FINAL! ? Com gols de Raphael Veiga e Dudu, vencemos o Al Ahly (EGY) e estamos na decisão do Mundial de Clubes! VAMOS JUNTOS PELO BI! ?#AvantiPalestra #PALxAHL#JuntosPeloBi pic.twitter.com/7xaIskWW6E

— SE Palmeiras (@Palmeiras) February 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang lagi finalis AFCON, Hamdi Fathi, turut menjadi sebahagian daripada permainan apabila dimasukkan dalam tiga pertukaran serentak sejurus pihak lawan menghasilkan gol kedua.
Ia secara tidak langsung meningkatkan permainan Al Ahly apabila tiga percubaan berbisa diatur dalam tempoh 15 minit pertama separuh masa kedua.
Pada minit ke-72, hasrat Mohamed Sherif untuk merapatkan jurang tidak kesampaian apabila sentuhan penyudahnya dibatalkan kerana ofsaid.
Peluang kebangkitan Al Ahly makin tipis ketika permainan berbaki 10 minit apabila video bantuan pengadil (VAR) menganggap cabaran melulu Ayman Ashraf terhadap Rony layak layak untuk kad merah.
Chelsea dan Al-Hilal yang akan bertembung tengah malam ini akan menentukan satu lagi slot perlawanan akhir.
#Chelsea #Palmeiras #FIFA #Piala Dunia Kelab
;