Piala Dunia Kelab: Guardiola kagumi gaya samba Fluminense

Shaiful Shamsudin
December 22, 2023 03:18 MYT
Pep Guardiola akan mengingati kenangan zaman kanak-kanaknya menonton perlawanan membabitkan Brazil tatkala Manchester City sedang memburu Piala Dunia Kelab.
City akan berdepan juara Copa Libertadores dari Brazil yang setaraf Liga Juara-Juara versi Amerika Selatan di Arab Saudi, Fluminense, dalam merebut gelaran global.
Pengurus itu mengakui City tidak pernah berdepan pasukan seperti Fluminense tetapi sudah terbiasa didedahkan dengan gaya mereka sambil menyatakan kekagumannya terhadap beberapa barisan legenda Brazil.
Pengurus berbangsa Sepanyol itu memberitahu pemberita dallam sidang akhbar: “Kami perlu berdaya tahan dengan corak permainan mereka dan perlu cuba menguasai bola.
“Kami tidak pernah hadapi pasukan yang beraksi seperti mereka. Kami perlu menerapkan rentak kami sendiri dan mengukuhkan posisi kami dengan sebaik mungkin dan mempamerkan satu persembahan yang baik kerana kami tahu tanpanya selain kegagalan berdaya tahan dalam detik-detik buruk akan mengundang kesukaran.

The #ClubWC final awaits! ?? pic.twitter.com/trMboA6tU0

— Manchester City (@ManCity) December 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mereka memperagakan gaya tipikal Brazil dari tahun 70-an, 80-an, awal 90-an hingga 1994 yang pernah membantu mereka menjulang Piala Dunia di Amerika Syarikat.
"Saya menggemarinya. Saya suka cara mereka mula mengatur gerakan. Saya suka bagaimana mereka bergaul antara satu sama lain, rasa hormat yang mereka ada dengan bola.
“Saya sudah masak dengan pasukan yang bakal kami hadapi dan saya sangat menghormati intipati bola sepak Brazil.
“Ketika saya masih kecil, belum mencapai usia remaja, saya mendengar ayah atau orang disekeliling saya bercakap tentang kehebatan corak permainan Brazil generasi terdahulu. Saya sudah menonton sekian lama.”
#Manchester City #Pep Guardiola #Brazil #UCL #Piala Dunia Kelab