Piala Dunia Kelab: Gol penalti Havertz pastikan Chelsea bergelar juara dunia

Muzaffar Musa
February 13, 2022 00:12 MYT
CHELSEA 2 PALMEIRAS 1
Kai Havertz menyempurnakan sepakan penalti pada lewat masa tambahan untuk memastikan Chelsea bergelar juara Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Palmeiras 3-1 di Abu Dhabi awal pagi tadi.
Perlawanan itu kelihatan seperti akan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua pasukan terikat 1-1 sepanjang waktu sebenar tetapi Chelsea berpeluang untuk kembali berada di depan dan mereka tidak mensia-siakannya.
Romelu Lukaku meletakkan Chelsea di depan menerusi tandukannya pada minit ke-55 tetapi Palmeiras kembali menyamakan kedudukan berselang sembilan minit hasil sepakan penalti Raphael Veiga.
Havertz kemudian mengekalkan ketenangannya untuk menyudahkan sepakan penalti buat Chelsea pada minit ke-117 untuk kelab London itu dinobatkan sebagai juara dunia buat kali pertama.
#bola sepak #Chelsea #Palmeiras #Piala Dunia Kelab