Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Penantian berbaloi, Faridzul Afiq kini pemain utama negara
Najmi Iman
December 25, 2024 19:22 MYT
December 25, 2024 19:22 MYT
'Penantian satu penyeksaan' -- Itulah rumusan perjalanan karier Faridzul Afiq Mohd yang kembali mencipta nama selaku penyerang digeruni selepas gagal membuat penampilan bersama skuad hoki padang negara.
Sejak berusia 21 tahun, Faridzul dipanggil menyertai kem The Speedy Tigers, namun terpaksa akur gagal meraih sebarang penampilan bersama skuad tersebut selama 11 tahun.
Di sebalik kekecewaan tersebut, Faridzul yang beralih arah ke pasukan hoki dalam dewan negara mendapat pengiktirafan istimewa apabila muncul sebagai watak penting negara ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025.
Debut di Sukan SEA 2019 menjadi pemangkin dirinya memperkuat skuad utama negara tatkala dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia 2024 menerusi catatan 25 gol.
Perjalanan jatuh bangun Faridzul itu menjadikan dirinya pemain yang jauh lebih lengkap.
Pagi berlatih bersama skuad hoki dalam dewan negara, petang sambung latihan bersama skuad hoki padang Maybank menjelang Liga Hoki Malaysia 2024. Komitmen luar biasa Faridzul Afiq demi lencana di dada ??@ASTROARENA #LigaHokiMalaysia pic.twitter.com/SiO9I7JSVP
— karlnunis (@_karlnunis) December 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tidak pasti sama ada saya masih diberi rezeki atau tidak untuk mewakili skuad hoki padang negara.
"Di kala saya kecewa dan kurang bermotivasi, saya dikelilingi orang yang tidak putus memberi sokongan.
"Saya akan meneruskan impian saya untuk mewakili negara di tahap yang paling tertinggi.
"Piala Dunia sangat penting kerana memberi pengalaman di peringkat dunia kategori dalam dewan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.