Piala Dunia 2026 kejohanan terakhir Harry Kane?

Aleqha Zainal
November 19, 2024 14:20 MYT
Piala Dunia 2026 bakal menjadi kejohanan terbesar terakhir buat ketua pasukan England, Harry Kane.
Penyerang berusia 31 tahun itu menjaringkan gol ke-69 bersama skuad The Three Lions dalam kemenangan besar 5-0 ke atas republik Ireland, yang memastikan promosi automatik England ke pusingan seterusnya Liga Negara-Negara UEFA (UNL).
Walaupun dikecam kerana prestasinya di Euro 2024, dia yang merupakan pemenang kasut emas itu, tetap optimis untuk terus mewakili negaranya sehingga Euro 2028, yang bakal berlangsung di tanah air sendiri.

The skipper's penalty that started it all off on Sunday ? ? @HKane

— England (@England) November 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya rasa ada tanggapan bahawa apabila anda mencecah usia 30-an, ia bermakna karier anda hampir berakhir, tetapi bagi saya, saya sedang beraksi pada tahap tertinggi yang pernah saya capai dan berasa sebaik yang pernah saya rasa, jadi saya hanya mahu menikmati saat ini.
"Saya tidak suka melihat terlalu jauh ke hadapan. Piala dunia akan menjadi sesuatu yang sangat menarik.
"Di Amerika, ia akan menjadi satu acara yang luar biasa dan akhirnya, ia adalah tentang cuba untuk memenanginya, melihat di mana kita berada, di mana perlu diperbaiki, dan ia tidak akan berbeza dalam beberapa tahun lagi."
#bola sepak #England #Harry Kane #Piala Dunia 2026
;