Piala Asia: Slot terakhir ke final milik Iran atau Qatar?

Fariha Razak
February 7, 2024 06:40 MYT
Menjelang aksi separuh akhir Piala Asia di antara Iran dan Qatar malam ini, reputasi kedua pasukan ini tidak boleh disangkal lagi.
Qatar sebagai tuan rumah dengan misi mempertahankan kejuaraan manakala Iran pula enggan mengulangi peristiwa edisi lalu tersingkir dalam separuh akhir.

Iran beat Japan for the first time in 19 years to advance to the semi-finals of the AFC Asian Cup ??? Look what it means ? pic.twitter.com/v8lzuxpm8e

— ESPN FC (@ESPNFC) February 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan ranking FIFA, Iran kini sudah naik ke kedudukan ke-20 selepas menewaskan Jepun tempoh hari dalam suku akhir, sekali gus menjadi pasukan kedua mempunyai ranking tertinggi dalam Piala Asia selepas Jepun.
Jika ‘Team Melli’ berjaya menewaskan Qatar dan muncul juara Piala Asia 2023, mereka bakal menggantikan kedudukan Jepun dalam ranking FIFA.

After today's #TeamMelli dramatic win against Japan, #Iran is on the verge of taking the first place among the Asian teams in the upcoming FIFA ranking. pic.twitter.com/tW7z3dvaAz

— Hatam Shiralizadeh (@HatamDaddy) February 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, rekod pertemuan juga memihak Iran apabila mereka menang enam kali ke atas Qatar dalam enam pertemuan terakhir.
Lebih menakjubkan, skuad kendalian Ardeshir Ghalehnoy itu juga masih memegang rekod ‘unbeaten’ dalam 10 perlawanan terkahir mereka.
Tetapi harus diingat bahawa ranking dan rekod pertemuan bukanlah penentu segalanya kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak, lebih-lebih lagi melihat kepada kejutan demi kejutan yang hadir di kempen Piala Asia 2023 kal ini seperti kejayaan Jordan mencalar ego pasukan ‘superstar’ Tottenham Hotspur, Son Heung Min, untuk mara ke pentas final buat kali pertama dalam sejarah!

✨ ????????? ✨⁣⁣⁣⁣⁣ ?? Jordan are set to play for the title for the first time in history! ⁣#AsianCup2023 | #HayyaAsia pic.twitter.com/F4srTvgkd0

— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat Qatar, mereka mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah dengan sokongan padu penyokong yang bakal memberi aura luar biasa.
‘The Maroons’ memenangi kesemua perlawanan dalam aksi peringkat kumpulan untuk menyingkirkan Palestin di pusingan 16, seterusnya menjinakkan Uzbekistan dalam aksi sengit suku akhir yang berakhir dengan penentuan sepakan penalti untuk menang tipis 3-2.
Dengan kedua-dua pasukan dalam prestasi terbaik mereka, sudah pasti peminat bola sepak di seluruh dunia menjangkakan perlawanan yang sengit dalam misi buru slot terkahir ke pentas final Piala Asia 2023.
Jadi siapa pilihan anda? Iran atau Qatar?
#bola sepak #Iran #Qatar #Rencana #Piala Asia Qatar