Piala Asia Qatar: Lilitan kapten bakal dipakai Matt Davies?


January 9, 2024 06:03 MYT
Kelihatan pemain pertahanan negara, Matt Davies, memakai lilitan kapten ketika perlawanan persabatan bertemu Syria awal pagi tadi.
Malaysia membuka jaringan menerusi Arif Aiman Md Hanapi pada separuh masa pertama (minit ke-39) sebelum Syria bangkit dengan dua gol dalam tempoh empat minit di separuh masa kedua menerusi Pablo Sabbag (minit ke-70) dan Ibrahim Hesar (minit ke-74).
Sebelum Paulo Josue kembali mengikat kedudukan pada minit ke-78 sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.
Ia merupakan perlawanan yang tertutup namun selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memuat naik gambar menerusi media sosial, satu kelibat yang mencuri tumpuan apabila menyaksikan Matt Davies memakai lilitan kapten sekaligus dijangka bakal mengetuai pasukan menghadapi Piala Asia.

Matthew Davies memakai lilitan kapten pada perlawanan menentang Syria malam tadi. Kemungkinan besar dia akan menjadi kapten #HarimauMalaya untuk #AFCAsianCup2023 Senarai ketua pasukan Malaysia di Piala Asia: 1976 - Mokhtar Dahari 1980 - Soh Chin Ann 2007 - Kaironnisam Sahabudin pic.twitter.com/XFLqZD2Zv1

— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) January 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Syria #Malaysia #Bolasepak #Piala Asia Qatar