Piala Asia: Misi Jordan ke final buat kali pertama dalam sejarah

Kamal Nizam
February 6, 2024 07:52 MYT
Menjelang pertemuan kembali antara dua pasukan dari kumpulan E Piala Asia 2023, iaitu Jordan & Korea Selatan pasti bakal tampil berbeza dengan perlawanan mereka sebelum ini.
Di peringkat kumpulan mereka terikat seri dua sama, tetapi dijangka akan ada keputusan berbeza dalam perjumpaan kali ini.
Lebih-lebih lagi diberitakan kem Jordan terpaksa melupakan khidmat dua tonggak utama menjelang pertemuan epik itu.

?? Jordan gear up for one last hurdle that separates them from a maiden #AsianCup Final! #AsianCup2023 | #HayyaAsia | #JORvKOR pic.twitter.com/W0BOA7sS9A

— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta, sifatkan menghadapi Korea Selatan di separuh akhir pasti lebih sukar berbanding peringkat kumpulan.
"Sudah tentu, kali ini pasti akan menjadi lebih sukar. Perlawanan ini bakal menjadi sukar buat kedua-dua pasukan, lebih-lebih lagi kami kehilangan dua pemain utama.
"Kami sudah buat persiapan rapi supaya kami dapat berikan prestasi terbaik sekaligus mendapatkan keputusan positif," katanya.

? Hands up if you're in the Semi-Finals! ?? Jordan's journey have been nothing short of remarkable! pic.twitter.com/7erzQF004l

— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jordan setakat ini sudah catat tiga kemenangan dan 10 gol dalam kempen Piala Asia, mempunyai misi tersendiri untuk layakkan diri ke pentas final buat kali pertama dalam sejarah.
#South Korea #Piala Asia #Korea Selatan #Jordan #Son Heung-Min