Piala Asia: Iraq tumbangkan Indonesia

Shaiful Shamsudin
January 15, 2024 16:59 MYT
INDONESIA 1 IRAQ 3
Indonesia tewas dalam perlawanan pertama Kumpulan D apabila ditumbangkan Iraq 1-3., sebentar tadi.
Walaupun sempat mengejutkan lawan itu menerusi Marselino Ferdinan, gawang skuad Garuda kembali bergegar ketika seminit memasuki masa kecederaan separuh masa pertama.
Bagaimanapun, Indonesia berbekalkan semangat juang tinggi menyukarkan pergerakan Iraq yang dalam usaha menambah gol terpaksa akur kedudukan menjadi 1-3 berikutan jaringan Aymen Hussein pada minit ke-75.
#Iraq #Piala Asia