Harimau Muda menurunkan barisan kesebelasan terbaik dalam misi hidup mati menjelang aksi Piala Asia B-23 berdepan Vietnam sebentar lagi.

Azim Al Amin Kamaruddin sekali lagi diberikan kepercayaan sebagai penjaga gawang utama dengan Harith Haiqal Bin Adam Afkar akan mengetuai benteng pertahanan tengah bersama Muhammad Ubaidullah Bin Shamsul Fazili, manakala Ahmad Zikri Bin Mohd Khalili dan Umar Hakeem Bin Suhar Redzuan sebagai pertahanan kiri dan kanan.

Jentera tengah pula bakal dipacu oleh Nooa Laine yang akan bergandingan bersama Muhammad Abu Khalil berbanding Muhamad Syahir Bashah yang sebelum ini bertanggungjawab mengawal bahagian itu, Muhammad Najmudin Akmal Bin Kamal Akmal dan Luqman Hakim Shamsudin juga sekali lagi menjadi taruhan di bahagian sayap.




Dalam pada itu, kepten pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Bin Mahadi dan Fergus Tierney akan menjadi tonggak penggempur benteng skuad Naga emas kali ini.

Saksikan perlawanan secara langsung menerusi Astro Arena Bola HD saluran 803 pada jam 9:00 malam ini.