Pertahanan skuad B-23 negara, Harith Haiqal Adam Afkar, tidak bersembunyi hanya menyasarkan satu mata dalam aksi pembukan Piala Asia B-23 menentang Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar malam esok.

Ini kerana pemain muda Selangor itu menyedari reputasi besar lawan berkenan yang merupakan juara edisi 2018 dan naib juara edisi 2020.

Dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi: "Secara peribadi saya hanya mahukan satu mata lawan Uzbekistan.

"Kerana kami pasukan Malaysia tidak akan mengalah sebegitu sahaja. Kami akan memberikan saingan yang terbaik dan sepenuhnya untuk kali ini."

Malaysia diletakkan dalam saingan Kumpulan D dan akan bertemu Vietnam pada Sabtu ini sebelum menutup tirai pusingan awal itu dengan menentang Kuwait pada Selasa depan.