Piala Asia B-23: Harith Haikal akui Uzbekistan mudah baca 'gameplay' Malaysia

Saufi Tahir
April 18, 2024 10:09 MYT
Pemain pertahanan Harimau Muda, Harith Haiqal Bin Adam Afkar, mengakui dirinya kecewa dengan prestasi yang ditampilkannya dan pasukan dalam keseluruhan permainan apabila terpaksa tunduk kepada Uzbekistan 0-1 dalam saingan Kumpulan D Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, semalam.
Dia menganggap segalanya percaturan bagaikan tidak menjadi ditambah pula dengan kesilapan mudah yang kerap berlaku sepanjang 90 minit perlawanan.
Dia menggesa seluruh rakan sepasukannya agar segera bangkit dalam memperbaiki kelemahan yang ada jika menyimpan hasrat untuk terus kekal bersaing dan menempah tempat ke pusingan seterusnya.

Carta Kedudukan Kumpulan D, Piala Asia B-23 2024 * Selepas Hari Perlawanan 1 UZBEKISTAN B-23 ?? 2-0 ?? MALAYSIA B-23 VIETNAM B-23 ?? 3-1 ?? KUWAIT B-23 ▶️ Seterusnya Malaysia B-23 akan bertemu Vietnam B-23 pada Sabtu, 20 April 2024#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/HOhNBMqAVF

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sangat tidak berpuas hati dengan persembahan semua pemain termasuk diri saya sendiri.
"Kami cuba mengikuti apa yang jurulatih telah rancang tetapi Uzbekistan mudah menyesuaikan diri dengan perancangan yang telah kami persembahkan dengan sangat mudah.
"Gol pertama adalah kesilapan mudah begitu juga dengan jaringan gol kedua pasukan lawan, dalam perlawanan yang besar seperti ini semestinya akan menghukum kami." katanya.
#bola sepak #Piala Asia B23 #Harimau Muda #Harith Haiqal