Piala ASEAN: Skuad utama atau pasukan B-23 tahun?

Najmi Iman
October 4, 2024 18:59 MYT
Menjelang saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AFF) hujung tahun ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum mempunyai kata putus sama ada bakal menghantar skuad utama atau pasukan bawah 23 tahun.
Keputusan tersebut akan dipengaruhi oleh perubahan jadual liga domestik selain persetujuan dua hala di antara FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih di fasa perbincangan.

Pada majlis undian di Hanoi sebentar tadi, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor-Leste/Brunei bagi Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, 23 November-21 Disember 2024.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/C4FqNc6wSQ

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami masih belum memutuskan apa-apa lagi untuk Piala AFF dan akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang akan dipengerusikan oleh presiden, Tan Sri Hamidin Mohd Amin," kata Setiausaha Agong FAM, Datuk Noor Azman Rahman.
Majoriti pemegang taruh Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) memilih untuk liga diberhentikan seketika, namun hanya Malaysia dan Indonesia yang belum memberi kata putus.
Seperti sedia maklum, kejohanan tersebut bukan di bawah kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tatkala menjadi kesukaran buat setiap jurulatih mendapatkan pelepasan pemain daripada setiap kelab.
#bola sepak #AFF #Datuk Noor Azman Rahman #Piala ASEAN Mitsubishi Electric