Piala AMEC: Penang panggil pulang Adib Raop, Syamer Kutty untuk aksi Piala Cabaran

Najmi Iman
December 10, 2024 18:49 MYT
Tonggak Harimau Malaya, Adib Abdul Raop dan Syamer Kutty Abba, dipanggil pulang oleh Penang bagi menghadapi perlawanan bertemu PT Atletic dalam Piala Cabaran di Stadium Bandaraya, malam ini.
Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, kedua-dua pemain merupakan pemain utama skuad Harimau Kumbang untuk menewaskan pasukan pelawat untuk mendapatkan kemenangan.
Begitupun, Adib Raop dan Syamer Kutty akan kembali ke pangkuan skuad kendalian Pau Marti Vicente bagi aksi kedua Malaysia menentang Timor Leste dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Bukit Jalil, esok.

Di fahamkan Kapten Harimau Malaya Syamer Kutty Abba dan Adib Raop kini di Pulau Pinang bagi membantu Penang FC bertemu PT Athletic pada Selasa. Kedua pemain ini kembali ke pangkuan skuad kebangsaan pagi esok untuk sempurnakan tugasan kebangsaan pula. pic.twitter.com/OCyhPSVrjW

— FinaNasrom (@fnasrom) December 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Persoalannya, mampukah mereka mengatasi masalah paling utama iaitu isu kepenatan apabila perlu bermain dua permainan dalam masa dua hari?
Dalam pada itu, pemain Kuala Lumpur City dan Selangor, Declan Lambert, Harith Haiqal Adam Afkar dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi sudah menyertai kem kebangsaan selepas bermain bersama kelab masing-masing.
#bola sepak #Syamer Kutty Abba #Piala Cabaran #Penang #Piala AMEC #Piala Mitsubishi Electric 2024 #Adib Abdul Raop
;