Piala AMEC: Paulo Josue tak rela kempunan sarung jersi Harimau Malaya
Shaiful Shamsudin
November 28, 2024 18:05 MYT
November 28, 2024 18:05 MYT
‘Mungkin ini peluang terakhir saya sarung jersi negara.’
Demikian tegas pemain naturalisasi kelahiran Brazil, Paulo Josue, yang mengenai hasrat untuk beraksi dalam Piala AMEC. .
Josue, 36, sudah menyatakan hasratnya kepada ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Miroslav Kuljanac, agar diberikan pelepasan untuk menyertai kejohanan dwitahunan itu.
Walaupun senarai akhir ke Piala AMEC masih belum dikeluarkan secara rasmi, Josue yakin kelibatnya amat diperlukan selepas jangkaan awal menjurus ke arah ketiadaan pemain utama daripada skuad Johor Darul Ta'zim (JDT ) yang bertembung dengan tugasan Liga Juara-Juara Elit (ACL).
"Saya harap disenaraikan (dalam kem kebangsaan) dan saya akan meminta restu daripada pihak pengurusan kelab dan jurulatih supaya melepaskan saya.
Sy ready untuk Piala Amec, saya dah minta jurulatih beri pelepasan jika nama sy ada dalam senarai akhir.- Paulo Josui@ASTROARENA pic.twitter.com/xAo2C18cmv
— FinaNasrom (@fnasrom) November 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini mungkin kejohanan terakhir saya (bersama pasukan negara) memandangkan usia saya semakin meningkat.
"Bukan mudah untuk kekal cergas sepanjang masa jadi saya harap dapat menyertai pasukan.
"Saya juga berharap pemain senior selain pasukan JDT dibawa agar meningkatkan peluang mencabar kejuaraan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.