Piala AMEC: Faisal Halim mampu beri sumbangan besar -- Paulo Josue
Shaiful Shamsudin
November 28, 2024 18:58 MYT
November 28, 2024 18:58 MYT
Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue, menganggap tiada istilah menekan butang panik buat ketua jurulatih negara, Pau Marti Vicente, untuk menghadapi Piala AMEC yang bermula Ahad depan.
Andai senarai nama yang bakal diumumkan terselit nama pemain sensasi negara, Faisal Halim, ia bukanlah sesuatu mengejutkan memandangkan kelibat pemain Selangor itu mampu membawa aura berbeza untuk keperluan semangat skuad Harimau Malaya tatkala senarai rasmi belum diumumkan.
Sekalipun kem kebangsaan dijangka kehilangan muka tetap daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor, ramai lagi pemain berkaliber yang memiliki keupayaan beraksi di peringkat antarabangsa.
"Kem kebangsaan mempunyai senarai 35-40 pemain dan 15 daripadanya dalam senarai menunggu.
Sy ready untuk Piala Amec, saya dah minta jurulatih beri pelepasan jika nama sy ada dalam senarai akhir. - Paulo Josui@ASTROARENA pic.twitter.com/xAo2C18cmv
— FinaNasrom (@fnasrom) November 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ramai pemain sedia disenaraikan, kami tidak berdepan pilihan terhad.
"Kalau Faisal kembali, dia masih boleh menyumbang dan di atas padang, saya tidak rasa kami ketandusan pemain," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.