Pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan, percaya pengalamannya dalam kancah liga Thailand mampu menjadi azimat terbaik untuk mengekang kemaraan negara itu dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala AFF 2022 pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

"Saya ada mengenali beberapa pemain Thailand tapi kami menyedari keampuhan mereka dan ia tidak akan mengejutkan kami.

"Kami akan teruskan usaha ketika ini," kata pertahanan Sabah itu dalam sesi latihan di Wisma FAM hari ini.

Dalam masa sama, rakan seperjuangannya, Quentin Cheng, sekali lagi sedia mengerah kudrat selaku tonggak utama untuk pertembungan dengan bintang skuad Gajah Perang, Theerathon Bunmathan.

"Dia memiliki kualiti tinggi dan ia satu kesempatan yang bagus buat saya untuk bersaing dengan pemain terbaik, jadi kita akan lihat apa yang akan terjadi.





"Pemain berkeyakinan untuk berdepan mana-mana lawan dalam kejohnan ini.

"Jurulatih sudah mempersiapkan perancangan permainan dan taktik untuk diketengahkan setiap perlawanan.

"Kami perlu cuba berikan yang terbaik dan dengan prestasi terbaik, kami mampu menewaskan mana-mana pasukan," katanya pula.