Pengendali Thailand, Alexandre Polking, mengakui lega apabila Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan mencapai kapasiti penuh 80,000 penyokong Harimau Malaya dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022, malam esok.
Ia selepas sebanyak 21,000 tempat duduk di dalam Stadium Nasional itu terpaksa dikorbankan untuk persediaan konsert artis Taiwan, Jay Chou, yang bakal diadakan pada 15 Januari ini.
"Saya rasa kami agak bertuah kerana konsert tersebut akan mengurangkan jumlah penyokong (Malaysia) sebanyak 20,000 orang. Kami gembira dengan perkara itu," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Bagaimanapun, Polking tetap meramalkan tugas sukar bakal dihadapi pasukannya di stadium keramat Harimau Malaya itu sekali gus menuntut aksi terbaik dipamerkan pemainnya.
Malah, dia menyifatkan kekuatan mental pemain menjadi keutamaan untuk digarap sebaik mungkin menjelang aksi penuh getir itu.
"Untuk berada di peringkat ini, ia lebih kepada kekuatan mental dan strategi yang betul.
"Jika kami fokus, apa juga yang berlaku dalam perlawanan itu seperti lawan mendapat sokongan padu daripada penyokong, kami tetap mampu memberikan persembahan yang baik dan menghentikan mereka," katanya.
Polking juga menegaskan pasukannya tidak akan hanya sekadar bertahan walaupun sedar mereka boleh menentukan perlawanan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Thammasat, Selasa depan.
"Jelas bahawa kami tidak datang ke sini untuk bertahan. Ia bermakna kami akan cuba mendapatkan bola, mengawal perlawanan dan mengatasi tekanan," katanya.
Dalam pada itu, pemain pertahanan Thailand, Sasalak Haiprakhon, menjelaskan pasukan Gajah Perang tersebut sudah bersedia untuk memperagakan aksi terbaik menentang Malaysia.
"Satu perlawanan yang sukar dan Malaysia ada penyokong yang bagus. Namun, kami telah mendapat rehat yang cukup dan persiapan yang rapi. Semua pemain yakin dan bersedia untuk perlawanan esok," katanya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 06 2023


Sukan SEA: Khairi Adib sasar hadirkan persembahan terbaik
Pesilat negara, Muhammad Khairi Adib Azhar, tidak mahu sekali lagi tenggelam dalam mengawal emosi setiap kali di dalam gelanggang.

Piala AFF: Park Hang-seo tinggalkan Vietnam dengan kekecewaan
Nada kecewa diluahkan ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo, selepas kekalahan kepada Thailand dengan agregat 2-3 dalam perlawanan akhir Piala AFF, yang menjadi penamat kariernya bersama skuad Naga Emas itu.

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.

Piala AFF: Jurulatih Thailand akui penyokong Malaysia hadirkan gerun
Alexandre Polking merumuskan hasil keputusan 0-1 yang tidak memihak Thailand sebagai adil memandangkan biarpun diselubungi kontroveri keputusan pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Young.

Piala AFF: Thailand lega Bukit Jalil tak penuh
Pengendali Thailand, Alexandre Polking, mengakui lega apabila Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan mencapai kapasiti penuh 80,000 penyokong Harimau Malaya pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022, malam esok.

Piala AFF: Bisa Teerasil Dangda letak Thailand di puncak Kumpulan A
Juara menanti merangkap juara enam kali, Thailand, mengesahkan kemaraan ke separuh Piala AFF 2022 selaku juara Kumpulan A apabila mengatasi Kemboja 3-1 sebentar tadi.

Piala AFF: Juara bertahan tiada masalah benam cabaran Brunei
Juara bertahan, Thailand, tidak berdepan masalah untuk memulakan kempen Piala AFF 2022 dengan nota kemenangan apabila membelasah Brunei 5-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi.

Tenis Terbuka KL 2022: Barisan pemain negara, antarabangsa bakal rebut gelaran
Kejohanan Tenis Terbuka KL 2022 bakal menampilkan barisan pemain utama negara selain dimeriahkan dengan kehadiran pemain luar negara.

King's Cup: Kim Pan-gon mahu Harimau Malaya ke final
Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, mahu Harimau Malaya layak ke final Kejohanan Bolasepak King's Cup kerana mahukan pemainnya menimba pengalaman bertemu pasukan dari rantau berbeza.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Wood and Mayers heroics lead Super Giants to victory over Capitals
Mark Wood took 5-14 as Lucknow Super Giants defeated Delhi Capitals on Saturday, aided by a magnificent innings from Kyle Mayers.

Bayern Munich 4-2 Borussia Dortmund: Emphatic Klassiker victory sees Tuchel start in style
Bayern Munich's ninth consecutive home Bundesliga victory over Borussia Dortmund saw them leapfrog their rivals to the league's summit.

Chelsea 0-2 Aston Villa: Blues slip to first loss in five against stubborn visitors
Having gone undefeated over their past four games in all competitions, Chelsea failed to make it five with a loss to Aston Villa.

Inter 0-1 Fiorentina: Bonaventura inflicts third defeat in a row on Nerazzurri
Fiorentina maintained their fine run and push for European football by inflicting a third league defeat in a row on Inter.

Hodgson celebrates dream Crystal Palace return with 28-plus shot superiority over Leicester
With 28 more shots than opponents Leicester City, Crystal Palace produced a dominant display under returning boss Roy Hodgson.

'We can only control what we can do' - Arteta salutes Arsenal's focus after Man City win
Manchester City turned up the pressure with victory over Liverpool, but Mikel Arteta was delighted with Arsenal's response against Leeds.

Popovich, Nowitzki and Wade headline basketball hall of fame class of 2023
After almost 27 seasons as San Antonio Spurs coach, Gregg Popovich is finally in the hall of fame.

Man City to assist police investigation after Liverpool's coach is damaged, condemn fan chants
Manchester City have strongly condemned an attack on Liverpool's team coach, which sustained damage in the wake of Saturday's game.

Arsenal 4-1 Leeds United: Jesus back on the goal trail as Gunners regain eight-point lead
After Manchester City's earlier win, Premier League leaders Arsenal immediately restored their eight-point cushion by beating Leeds United.

Klopp: I am not sure Liverpool would have won against 10 men
A dour day in Manchester for Liverpool saw them comfortably dispatched by Pep Guardiola's side.