Shaiful Shamsudin
Sat Jan 07 2023
MALAYSIA 1 THAILAND 0
Jaringan penyerang negara, Faisal Halim, menjadi pemisah dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala AFF yang diselubungi kontroversi keputusan pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Young.
Seperti yang dijangka, Thailand bukan calang-calang lawan buat Harimau Malaya apabila mencari gol sebaik sepak mula di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Namun, mereka dikejutkan dengan sentuhan klinikal Faisal -- yang menyambut hari jadinya yang ke-25 hari ini -- untuk memerangkap penjaga gol, Kittipong Phuthawchueak, pada minit ke-11.
Skuad Gajah Perang meneruskan rentak serupa pada awal permainan dalam babak kedua sebelum dikejutkan dengan gol kedua tuan rumah yang ditanduk oleh Dominic Tan.
Namun, pergeseran di antara pemain kedua-dua pasukan berlaku apabila Dae Young -- yang kali terakhir pengadil utama perlawanan pada 2019 -- membatalkan jaringan negara pada minit ke-55 apabila mendakwa pemain negara terlebih dahulu menggunakan tangan untuk mengasari Kittipong.
Bagaimanapun, semangat barisan kendalian Kim Pan-gon itu tidak mudah luntur di sebalik situasi yang tidak memihak mereka malah penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed, bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan terbuka Thailand.
Syihan Hazmi juga terlepas hukuman oleh Dae Yong gara-gara menjatuhkan Ekanit Panya di dalam kotak penalti pada minit ke-63 bagi mengekalkan kelebihan tipis sebagai bekalan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Thammasat, Selasa depan.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang SNBJ pada awal minggu hadapan. PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklumbalas selepas 'post mortem'.
Syafiq Ahmad -- Tandukkannya dirindui
Kepulangan Syafiq Ahmad ke pangkuan Kedah Darul Aman FC biarpun secara pinjaman ibarat sirih pulang gagang.
Harimau Malaya tewas, kesetiaan Ultras Malaya wajar dipuji
Walaupun skuad Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Oman, namun semangat dan jiwa kenegaraan yang ditampilkan khas oleh semua penyokong setia, Ultras Malaya wajar dipuji dan diberi penghargaan.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Datuk K. Rajagobal yakin Pan-gon akan kembali nilai pemain
Bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, berharap aksi kedua bertemu Oman sepatutnya berakhir dengan kutipan satu mata sekurang-kurangnya dalam perlawanan semalam selepas Malaysia tewas 0-2 kepada Oman.
Tidak akan pernah berpaling dari Harimau Malaya!
Sempat saya bertanya kepada bekas penyerang terbaik negara, Zaquan Adha Abdul Radzak, yang bertugas sebagai antara tetamu pakar di studio bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Kerjasama sepasukan kunci Oman atasi Harimau Malaya, kata Al Mukhaini
Penjaga gol Oman, Ibrahim Al Mukhaini, enggan meletakkan dirinya sebagai wira kemenangan ketika pasukannya mengatasi Malaysia 2-0 dalam perlawanan Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Isu padang SNBJ, Hans Isaac terus membisu
Walaupun hangat menjadi bualan rakyat Malaysia mengenai isu padang di Stadium Nasional Bukit Jalil, nyata sehingga kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Dato' Hans Isaac kekal menutup mulut dari meluahkan sebarang rasa dan pendapat.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Segera bedah siasat Harimau Malaya
Selepas dua tahun mengemudi Harimau Malaya, Kim Pan-gon dituntut agar membawa pembaharuan.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Terjahan makan diri?
Baik Harimau Malaya mahupun Oman, dua pemain pasukan masing-masing menjadi mangsa kecederaan dalam setiap babak.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Azam Azmi bertongkat, pakai pendakap tinggalkan SNBJ
Pertahanan kanan negara, Azam Azmi, meninggalkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ), tengah malam tadi dengan bertongkat dan memakai pendakap di pergelangan kaki kanannya.
Mental willpower is so crucial, says Marin after All-England, Swiss Open success
Carolina Marin, a recent double champion on the World Tour emphasized the importance of creating a powerful mental weapon as she looks to hunt another Olympic gold after missing the last one through injury.
On this day in 2012: England appoint Stuart Lancaster as head coach
Lancaster was put in charge after impressing during an interim stint.
NBA: Murray scores 44, hits late winner in OT to lift Hawks over Celtics
Dejounte Murray capped his 44-point effort with the winning jumper with 1 second left in OT as the Hawks beat the Celtics again
Grigor Dimitrov dumps Carlos Alcaraz out of Miami Open
The Bulgarian will play fourth seed Alexander Zverev in the semi-finals.
Uli Hoeness says ‘probably impossible’ to lure Xabi Alonso from Bayer in summer
Liverpool and Bayern Munich are reportedly interested in the Spaniard’s services.
Willie Kirk sacked as Leicester boss after position became ‘untenable’
Jennifer Foster and Stephen Kirby will remain in charge until a successor is appointed.
Analysing the attacks in a thrilling Championship promotion race
Championship attacks analysis
England will not adopt negative approach after humbling in India – Zak Crawley
England will aim to get ‘Bazball’ back on track this summer against West Indies and Pakistan.
Curry says togetherness key as Warriors rally following Green ejection
Draymond Green was ejected for the fourth time this year on Wednesday, but the Golden State Warriors still left Orlando with a crucial win.
Sean Dyche hoping Everton’s latest Premier League charge ‘comes to nothing’
A hearing took place earlier this week and the club are now awaiting a verdict, which should be delivered before April 8.