THAILAND 3 KEMBOJA 1

Juara menanti merangkap juara enam kali, Thailand, mengesahkan kemaraan ke separuh Piala AFF 2022 selaku juara Kumpulan A apabila mengatasi Kemboja 3-1 sebentar tadi.


Kemenangan hasil dua ledakan penyerang berbisa, Teerasil Dangda, di Stadium Thammasat untuk gol kelimanya dalam kejohanan ini menyaksikan mereka mengetepikan Indonesia di puncak kumpulan bagi kemaraan ke separuh akhir.

Selepas selesa mendahului menerusi sepakan penalti Teerasil dan Sumanya Purisai pada awal 50 minit, Kemboja menyentak mereka hasil sentuhan penyudah Sieng Chanthea akibat kealpaan pada minit ke-68.




Ia kembali menyemarakkan semangat juang skuad Gajah Perang dalam misi memburu kemenangan selesa apabila kembali di hadapan dengan dua gol, sekali gus memintas kedudukan Indonesia yang sempat menghuni tangga teratas sebelum wisel penamat di sebalik kemenangan 2-1.