Phil Jagielka tiada dalam perancangan Stoke City
Shaiful Shamsudin
May 11, 2023 10:45 MYT
May 11, 2023 10:45 MYT
Stoke City mengesahkan Phil Jagielka dan enam lagi tonggak utama akan meninggalkan kelab itu.
The Potters, yang menduduki tempat ke-16 dalam Kejohanan Sky Bet, pada malam tadi mengumumkan senarai pemain yang dikekalkan dengan Morgan Fox dan Nick Powell antara beberapa nama ternama lain yang dibenarkan meninggalkan Stadium bet365.
Jagielka akan mencecah usia 41 tahun pada Ogos depan tetapi masih mampu tampil 30 kali di bawah kendalian Alex Neil dalam musim yang terumbang-ambing.
Aden Flint, Sam Clucas, Tashan Oakley-Boothe dan Demeaco Duhaney, yang menghabiskan kempen secara pinjaman di kelab Turki, Istanbulspor, juga dilepaskan dengan The Potters merancang untuk skuad berkenaan berwajah baru menjelang musim 2023-24.