Petronas LTdL 2024: Saingan pelumba lebih sengit berbanding edisi lalu
Saufi Tahir
October 7, 2024 19:53 MYT
October 7, 2024 19:53 MYT
Selepas tamat lapan peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang bermula dari Pulau Langkawi dan diakhiri di bumi Sarawak.
Perlumbaan yang tidak dijangka secara keseluruhannya apabila disajiikan serta dikejutkan dengan kemalangan besar yang terjadi seawal peringkat kedua lagi.
Malangnya ketika itu, ramai pelumba tempatan terlibat lebih-lebih lagi pelumba pasukan kebangsaan, Elmi Jumari, yang mengalami kecederaan teruk pada jarinya.
Malah, saingan di peringkat keempat menyaksian lima pelumba tempatan tersingkir dengan nama seperti Harrif Salleh dan Izzat Helmi selepas gagal menamatkan perlumbaan dalam masa yang ditetapkan.
Begitupun, pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) berjaya untuk muncul pasukan ketiga terbaik Asia dan perkara itu membuktikan resepi mereka dengan menyenaraikan empat pelumba 'Mountain Bike' sebagai berjaya.
"Apa-apapun kami meletakkan sasaran nombor satu tetapi terdapat kekurangan. Walaupun bermula dengan nombor enam tetapi menamatkan di tempat keempat, kami rasa ia satu pencapaian baik buat pelumba Mountain Bike." kata pengurus MPC, Sayuti Zahit.
Sementara itu, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Zariff, berjaya muncul sebagai Pelumba Terbaik Malaysia di LTdL edisi kali ini selepas menduduki kedudukan ke-41 secara keseluruhan perlumbaan.
Walaupun tidak melakar sebarang kejutan kali ini, namun Aiman tetap bersyukur dengan apa yang diraihnya tahun ini.
"Pada mulanya saya letakkan sasaran untuk Asia sahaja, tahun ini hanya sekali raih podim di pusingan ketujuh. Semalam memang bekerja keras untuk raih podium pada tahun ini," kata Nur Aiman Zariff.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi LTdL 2024, Emir Jalal, menyifatkan perlumbaan tahun ini berjaya selepas semua perancangan berjalan dengan lancar.
Lebih-lebih lagi laluan kali ini memaksa pertukaran jersi berlaku dengan kerap sekaligus lebih banyak aksi menarik dapat ditonjolkan kepada penonton.
"Saya lihat tahun ini kemalangan kerana pelumba terlalu bersemangat untuk menang, keputusan juga berubah setiap hari. Kita tidak sedar bahawa pasukan tahun ini menghantar pasukan yang lebih hebat berbanding tahun sebelumnya." kata Ketua Pegawai Operasi LTdL 2024, Emir Jalal.