Pestabola Merdeka: Afiq Fazail sah cedera lutut, bakal terlepas final

Kamal Nizam
September 5, 2024 15:28 MYT
Dalam kegembiraan kemenangan 2-1 Malaysia ke atas Filipina di perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024, satu perkhabaran duka buat semua peminat bola sepak tanah air apabila pemain tengah negara, Afiq Fazail, sah mengalami kecederaan lutut.
Afiq yang terpaksa dipapah keluar padang telah digantikan dengan Nooa Laine di minit 34, dan perkara itu mempunyai pelbagai reaksi dari semua pihak apabila ramai menyatakan kecederaannya itu berpunca daripada keadaan padang yang kurang memuaskan.

Afiq Fazail cedera, terpaksa dikeluarkan.@ASTROARENA pic.twitter.com/3sODNLm8zc

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan kecederaan yang dialami Afiq ketika, sudah semestinya peratus untuk dia bermain pada Ahad pasti akan menurun.
Ini apabila ada kemungkinan, Afiq mengalami kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) yang bakal melihat dirinya tersisih dari saingan bola sepak sekurang-kurangnya enam minggu.

Afiq Fazail mengalami kecederaan di bahagian lutut, dijangka terlepas aksi final Pestabola Merdeka bertemu Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini. Get well soon Jambu! https://t.co/jPYXoEh86I

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, kerisauan itu bukan hanya dihadapi kem Harimau Malaya sahaja, kem JDT juga pasti resah apabila mereka bakal kehilangan seorang 'maestro' lebih-lebih saingan Liga Juara-juara Asia Elit juga akan bermula tidak lama lagi.
#JDT #Malaysia #Afiq Fazail #Pestabola Merdeka