Pestabola Merdeka 2024: FAM gesa penyokong henti boikot, kembali sokong Harimau Malaya

Najmi Iman
August 29, 2024 19:08 MYT
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyeru semua penyokong untuk menghentikan boikot menjelang sambutan Pestabola Merdeka 2024 yang bakal berlangsung 2 hingga 10 September ini.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, menerangkan bahawa badan induk itu tidak wajar dipersalahkan atas beberapa isu yang melanda, sebaliknya menggalakkan peminat tempatan terus memberi sokongan tanpa henti.

FAM atur perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking bawah 100 dunia pada Oktober dan satu lagi perlawanan pada November sebagai persediaan untuk Piala AFF 2024 dan Kelayakan Piala Asia 2027 tahun depan.@ASTROARENA pic.twitter.com/DZtRIp15aQ

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya menyeru kepada Ultras Malaya serta seluruh penyokong tegar skuad kebangsaan untuk kembali memberi sokongan kerana ini adalah masa yang sesuai untuk skuad negara memperbaiki ranking, seterusnya menjuarai Pestabola Merdeka.
"Sekiranya mereka mempunyai perkara yang diketahui fakta, mereka boleh berjumpa dengan saya atau pegawai FAM yang lain untuk menjelaskan keterangan.
"Saya memohon mereka untuk fikirkan semula agenda tersebut dan menyokong semula pasukan kesayangan, Harimau Malaya, " katanya.
#bola sepak #FAM #Datuk Hamidin Mohd Amin #Persatuan Bolasepak Malaysia #Pestabola Merdeka 2024