Pertahanan Real Madrid nafas berbau busuk?

Dayang Zainatull Aqma
October 3, 2024 14:50 MYT

Ada situasi tegang berlaku ketika aksi Liga Juara Juara Eropah (UCL) yang mempertemukan Lille dan Real Madrid di Stade Pierre-Mauroy, awal pagi tadi.

Ketegangan itu melibatkan Bafode Diakite dan Antonio Rudiger pada penghujung perlawanan tersebut.

Rudiger kelihatan bertikam lidah dengan Diakete namun pemain muda kebangsaan Perancis itu hanya memberi reaksi sarkastik dan beri indikasi bahawa nafas Rudiger berbau busuk!

Malam itu malam yang cukup mengecewakan buat Rudiger serta rakan sepasukannya. Sudahlah kena sound setepek nafas berbau busuk, tewas pula kepada Lille!

Dalam aksi ketiga Liga Juara Juara Eropah, Lille akan bertemu Atletico Madrid sementara The Galacticos pula bakal berdepan Borussia Dortmund.

#bola sepak #Real Madrid #Liga Juara-Juara Eropah #UCL #Antonio Rudiger