Persahabatan Antarabangsa: Korea Selatan menang tipis ke atas Iraq

Muzaffar Musa
January 7, 2024 01:00 MYT
IRAQ 0 KOREA SELATAN 1
Korea Selatan meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Iraq dalam satu perlawanan persahabatan di Abu Dhabi malam tadi.
Dalam aksi pemanas badan menjelang saingan Piala Asia itu, Lee Jae-sung muncul penjaring tunggal pada minit ke-40 untuk memberikan Taeguk Warriors lonjakan terbaik sebelum sepak mula Piala Asia di Qatar pada Jumaat ini.
Korea Selatan diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Malaysia.
Pasukan di ranking ke-23 dunia itu akan bertemu skuad negara dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada 25 Januari ini.
Iraq, dalam pada itu, diletakkan dalam Kumpulan D bersama Jepun, Vietnam dan Indonesia.
#bola sepak #Iraq #Piala Asia #Korea Selatan #Persahabatan Antarabangsa