Perlawanan Burnley-Watford ditunda kerana penularan COVID-19

Muzaffar Musa
December 16, 2021 01:17 MYT
Kunjungan Watford ke laman Burnley bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi terpaksa ditunda berikutan penularan COVID-19 di kem The Hornets.
Pasukan bimbingan Claudio Ranieri itu sepatutnya berkunjung ke Turf Moor bagi perlawanan menentang Burnley tetapi pertemuan itu terpaksa ditunda berikutan jangkitan berkenaan, yang menyaksikan Watford kekurangan pemain dalam pasukan utama untuk diturunkan.
Lembaga Premier League mengumumkan penundaan perlawanan itu sambil berkata keputusan itu diambil atas saranan pihak perubatan.
"Premier League memahami keputusan ini akan mengecewakan peminat yang mahu menghadiri perlawanan petang ini (awal pagi tadi) dan memohon maaf atas segala kesulitan dan gangguan yang terpaksa dilalui berikutan pengumuman saat-saat akhir ini.
"Dalam mempertimbangan sebarang permohonanan untuk menangguhkan perlawanan, lembaga pengarah mengambil kira pelbagai faktor daripada segi sukan dan perubatan.
"Setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan sesuatu kes, di mana kesihatan setiap individu kekal menjadi keutamaan," kata kenyataan itu.
Pertembungan antara dua pasukan di kelompok bawahan itu merupakan perlawanan EPL ketiga terpaksa ditunda selepas kunjungan Manchester United ke laman Brentford dan aksi Tottenham lawan Brighton and Hove Albion turut dibatalkan gara-gara masalah sama.

? Further information regarding the postponement of tonight's game.

— Burnley FC (@BurnleyOfficial) December 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Watford #Burnley #Liga Perdana Inggeris