Pergi kelab malam? Deschamps anggap Kylian Mbappe bebas buat pilihan

Saufi Tahir
October 15, 2024 09:55 MYT
Pengurus Perancis, Didier Deschamps, percaya Kylian Mbappe perlu diberikan kebenaran untuk melakukan apa yang dia mahu sekali gus mengenepikan dakwaan pergolakan hubungan mereka berdua.
Komen itu diucapkan susulan Mbappe dilihat berada di kelab malam di Sweden pada Khamis lalu selepas menewaskan Israel 4-1 dengan dia diketepikan daripada skuad Les Bleus susulan kecederaan.
Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan otot ketika beraksi buat Real Madrid dan diberikan tempoh rehat oleh Deschamps.

26 - Kylian Mbappé has scored against Alavés after a run of 26 uninterrupted passes, the longest sequence of a goal by any team in LaLiga this season. Patience. pic.twitter.com/eE4HXn0Oi6

— OptaJose (@OptaJose) September 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak mengikuti berita pemain yang tiada di sini, Kylian sedang mengikuti program bersama Real Madrid. Saya tidak tahu sama ada dia berada di luar ataupun tidak.
Kontroversi itu turut hadir berpunca daripada khabar angin bahawa Mbappe meminta untuk beraksi dalam perlawanan yang penting sahaja kerana dia mengutamakan untuk memenangi Ballon d'Or.

Primer tituló con el mejor club del mundo !!!! Vamos por más !!!! ¡HalaMadrid! ??? @realmadrid pic.twitter.com/ruksazaB8U

— Kylian Mbappé (@KMbappe) August 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Seperti mana-mana pemain untuk kelabnya, dia mengikuti program. Jika pemain mempunyai hari cuti, mereka bebas untuk melakukan apa yang mereka mahu." tambah Deschamps.
#bola sepak #Didier Deschamps #Kylian Mbappe #Perancis
;