Pepe setia menanti kontrak baru bersama Real


April 10, 2017 10:32 MYT
Pepe akan menunggu selama yang mungkin untuk menerima tawaran kontrak baru bersama Real Madrid kerana keinginannya untuk kekal bersama pasukan itu walaupun menerima segala keputusan tidak terletak padanya.
Pemain berusia 34 tahun itu semakin hampir untuk menyambut ulang tahun ke-10 bersama pendahulu LaLiga itu tetapi kontraknya bakal tamat pada penghujung musim dan Manchester City, Paris Saint-Germain (PSG) dan Chelsea merupakan antara kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya.
Pepe mengalami kecederaan tulang rusuk ketika seri 1-1 dengan Atletico Madrid dan berkemungkinan terlepas baki perlawanan musim ini, namun dia berharap dapat terus kekal bersama Los Blancos.
"Saya sudah menyatakannya, saya akan terus menunggu untuk Real sehingga penghujung kontrak saya," kata Pepe.
"Saya amat berbangga untuk bermain bersama pasukan ini.
"Saya mahu penyokong-penyokong gembira kerana saya sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali menyarung jersi Real.
"Saya mempelajarinya daripada Raul, mempamerkan semangat yang tinggi dan menghormati setiap individu yang hadir di Stadium Bernabeu."
#bola sepak #Real Madrid #Pepe #La Liga
;