Pengurus Lazio bingung kes pemotongan mata Juventus dibatalkan

Shaiful Shamsudin
April 23, 2023 04:53 MYT
LAZIO 0 TORINO 1
Pengurus Lazio, Maurizio Sarri, menggesa peletakan jawatan pegawai dalam jabatan sukan yang membatalkan pemotongan 15 mata Juventus dalam Serie A.
Bianconeri telah dikenakan penalti pada Januari lalu selepas siasatan mengenai kes keuntungan modal, dengan kelab itu didapati bersalah atas dakwaan pelanggaran berkaitan perpindahan lampau.
Bagaimanapun, rayuan Juve supaya potongan itu dibatalkan berjaya dengan Collegio di Garanzia pada malam tadi mengumumkan hukuman berkenaan telah dibatalkan.
Persekutuan Bola Sepak Itali (FICG) masih boleh menghukum Juve selepas menyemak semula kes itu, tetapi buat masa ini situasi itu menyaksikan mereka melonjak ke tempat ketiga Serie A.
Anak buah Massimiliano Allegri itu berpeluang untuk memacu Lazio ke kedudukan kedua sekiranya mereka menewaskan pendahulu, Napoli, awal pagi esok, tetapi Sarri tetapi tidak berpuas hati dengan cara kes itu dikendalikan.

FT | #LazioTorino 0-1 ⏹️ Triplice fischio #AvantiLazio ? pic.twitter.com/9YQO6sHieD

— S.S.Lazio (@OfficialSSLazio) April 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Daripada sudut undang-undang, saya tidak mempunyai pengetahuan untuk melontarkan pendapat,” katanya selepas Lazio tewas 0-1 kepada Torino di tempat sendiri, awal pagi tadi.
"Tetapi daripada sudut sukan, pertandingan ini telah dipengaruhi.
"Selama berbulan-bulan dalam kedudukan Serie A, kini ia sudah berbeza dan boleh bertukar.
"Saya harap seseorang dalam jabatan keadilan sukan berani untuk meletakkan jawatan."
#Juventus #Napoli #Serie A