Pengendali Crystal Palace, Roy Hodgson letak jawatan

Ammar Hakim
February 20, 2024 01:22 MYT
Roy Hodgson telah meletak jawatan sebagai pengurus Crystal Palace beberapa jam sebelum pertemuan Liga Perdana Inggeris dengan Everton.
Kenyataan Palace juga mengesahkan lelaki berusia 76 tahun itu, yang dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit semasa sesi latihan pada Khamis, 'keluar dari hospital dan kembali sihat'.

Roy Hodgson has stepped down from his post as first-team manager. We thank Roy for his outstanding service, in which he managed 200 games across six seasons.

— Crystal Palace F.C. (@CPFC) February 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang kanan Hodgson Ray Lewington dan penolong pengurus Paddy McCarthy memimpin pasukan di Goodison Park dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1.
Hodgson, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu, berkata: “Kelab ini sangat istimewa dan sangat bermakna kepada saya dan telah memainkan peranan besar dalam kehidupan bola sepak saya. Saya telah menikmati sepenuhnya masa saya di sini sepanjang enam musim, kerana ia memberi saya peluang untuk bekerja dengan pemain dan kakitangan melakukan perkara yang saya suka setiap hari.”
#Crystal Palace #Roy Hodgson #EPL