Jaguh keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang boleh dijulang sebagai pejuang sejati kerana sanggup berkorban biarpun terpaksa menahan kesakitan bagi memahat nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Pemangku Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill berkata, semangat juang pelumba berusia 36 tahun itu wajar menjadi model dan contoh buat para atlet demi negara tercinta.
Malah beliau meluah keyakinan atlet berusia 36 tahun itu mampu terus berkayuh bagi menggalas cabaran negara pada Sukan Olimpik Paris 2024 bermula Julai depan.
“Saya sangat teruja dengan semangat melawan yang dipamerkan oleh Azizulhasni. Dia seorang pejuang dan model sejati untuk atlet lain.
“Malah saya sentiasa yakin dengan keupayaan mental dan stamina yang ditunjukkan Azizulhasni. Dia mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan itulah kelebihannya yang sebenar,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.
Azizulhasni tidak menunjukkan sebarang kesakitan untuk meraih pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI di Australia pada 3 Februari lalu.
Beliau yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman yang perlu mengambil ubat perikarditis (keradangan jantung) tampak bersahaja apabila kayuhannya mengatasi dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota, masing-masing di tempat kedua serta ketiga.
Amarjit menjelaskan berasa bimbang dengan keadaan kesihatan pelumba tersebut, namun percaya dengan pasukan perubatan yang sentiasa memantau situasinya.
“Sejujurnya, saya bimbang dengan keadaan kesihatan Azizulhasni. Walaupun kami bimbang dengan keadaannya, tapi dia dijaga oleh doktor terbaik untuk memastikan dia berada dalam keadaan fizikal yang baik menjelang Sukan Olimpik Paris,” katanya.-Sinar Harian
Stadium Astro
Sun Feb 11 2024
Piala Uber: Malaysia tamatkan cabaran dengan kemenangan
Malaysia menamatkan cabaran Piala Uber dengan kemenangan ke atas Australia sebentar tadi.
Piala Thomas: Aksi dramatik Zii Jia-Axelsen tarik perhatian BWF
Aksi peringkat Kumpulan D antara Malaysia dan Denmark telah menyajikan perlawanan yang cukup menarik.
Piala Asia B-23: Peluang Indonesia ke Paris 2024 masih terbuka -- Shin Tae-yong
Shin Tae-yong tidak menafikan fakta bahawa tekanan mungkin menjejaskan barisan pemainnya dalam kekalahan separuh akhir Piala Asia B-23 di tangan Uzbekistan Isnin lalu.
Siapa pun boleh bertanding -- Hamidin
'Siapa pun boleh bertanding', itu pendirian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, selepas terbit pandangan agar rombakan dilakukan dalam badan induk itu.
Pengulas Astro Arena terima pujian peminat bola sepak Indonesia
Nama pengulas Astro Arena, Aiman Roshizam, mendapat perhatian peminat bola sepak dari Indonesia.
Pemain tenis bertaraf dunia, Nick Kyrgios sambut hari raya di Kuala Lumpur?
Pemain tenis nombor tujuh dunia, Nicholas Hilmy Kyrgios dilihat mempamerkan aksi bermain tenis di salah sebuah gelanggang tenis di Kuala Lumpur.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengddu, China sebentar tadi.
Piala Thomas: Izzuddin-Soh Wooi Yik pastikan Malaysia layak ke peringkat seterusnya
Gandingan baru, Nur Izzuddin Rumsani-Soh Wooi Yik melengkapkan aksi kelima dengan kemenangan bergaya menentang Kocella Mammeri dan Youcef Sabri dalam saingan Piala Thomas sebentar tadi.
Piala Thomas: Haikal Nazri-Choong Hon Jian matikan perjalanan Algeria
Haikal Nazri-Choong Hon Jian menoktahkan kemenangan bersih buat skuad negara dengan apabila mudah mengatasi cabaran dari beregu Algeria, Sifeddine Larbaoiu-Mohamed Abdelaziz, sebentar tadi.
NBA: Celtics rout Heat to reach East semis; Mavericks cruise to 3-2 lead
The Celtics never trailed and rolled into the Eastern Conference semifinals with an easy win while the Mavs went up 3-2 on the Clippers
Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej: Ronaldo nets twice and passes up penalty in cup semi-final
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej
Hayes concedes title race is over as Chelsea suffer dramatic Liverpool defeat
Emma Hayes: WSL title race is over
Sancho outshines Mbappe as Dortmund seize initiative against PSG
Sancho outshines Mbappe in BVB win
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-Germain: Fullkrug hands hosts first-leg win
Report: Borussia Dortmund 1-0 PSG
Liverpool 4-3 Chelsea: Blues' title hopes suffer huge hit as Bonner decides seven-goal thriller
Report: Liverpool 4-3 Chelsea
'It's here to stay' – Postecoglou jokes he's moving to Sweden to escape VAR
Postecoglou seeking VAR-free life
Top seed Sinner withdraws from Madrid Open ahead of quarter-finals
Injured Sinner out of Madrid Open
IPL: Punjab Kings spinners frustrate CSK in routine win
IPL: Kings spinners frustrate CSK
Alcaraz sees Madrid Open reign ended by Rublev in last eight
Rublev ends Alcaraz reign in Madrid