Peminat Valencia kembali protes terhadap pemilik

Shaiful Shamsudin
February 12, 2023 04:33 MYT
Pengurus Valencia, Salvador Gonzalez 'Voro', merayu kepada peminat kelab yang sedang bergelut itu agar mempamerkan jati diri "Valencianisme" mereka dalam usaha membantu pasukan.
Beribu-ribu penyokong mengadakan protes sebelum perlawanan dengan Athletic Bilbao di tempat sendiri dengan menyasarkan pemilik, Peter Lim, memandangkan Valencia kini terperosok di zon penyingkiran LaLiga.
Kekalahan 1-2 kepada Athletic bermakna Los Che kini hanya mengutip satu mata daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka dan tewas empat kali berturut-turut.
Walaupun tumpas, Voro tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang mendahului menerusi Samu Castillejo, tetapi jaringan Nico Williams dan Oihan Sancet mengubah senario perlawanan di Mestalla itu.
Voro berkata: "Pasukan semakin hampir untuk mendapatkan kemenangan dan telah memberi tumpuan kecuali terhadap beberapa perincian yang telah diambil kesempatan oleh Athletic.

?️@hugoduro14 : "We are the ones who have to get out of this" pic.twitter.com/scLZ5HZKPZ

— Valencia CF (@valenciacf_en) February 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pasukan menunjukkan permainan sangat baik jadi keputusannya tidak adil tetapi beginilah bola sepak.
"Ia adalah hari yang menyedihkan, tetapi peningkatan telah ditonjolkan dan anda perlu bersaing secara sama rata demi memenangi perlawanan."
Apabila ditanya mengenai protes peminat itu, Voro menambah: "Situasi ini sangat rumit daripada perspektif sukan.
"Kami faham bahawa peminat mungkin kecewa. Saya menghormati bahawa semua orang menyatakan Valenciaisme mereka dengan cara yang mereka fikirkan (melalui protes), tetapi kami memerlukan sokongan mereka.
"Kami berada dalam situasi yang sangat sukar dan saya fikir hari ini ada tanda positif.
"Kemenangan tidak memihak kami tetapi kami tumbang disebabkan tindakan tertentu, beginilah bola sepak."
#Valencia #LaLiga
;