Pemain JDT, TMJ rai kemenangan Harimau Malaya

Saufi Tahir
September 9, 2024 12:42 MYT
Kemenangan Hari Malaya merampas kembali trofi Pestabola Merdeka 2024 diraikan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan pemain-pemain Harimau Selatan.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, menyaksikan turut menyambut kemenangan melalui panggilan video adalah Junior Eldstal, Bergson da Silva dan beberapa pemain lagi ketika pemain kebangsaan berada dalam bas.

?? Terima kasih kepada penyokong yang hadir menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti menewaskan Lubnan 1-0 pada Final Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi untuk meraih kejuaraan kali ke-13.#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/kuX2kMAZKH

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anak buah Pau Marti Vicente menamatkan kemarau 11 tahun selepas menewaskan pasukan di kedudukan ke-116 dunia, Lubnan, menerusi jaringan tanggal Romel Morales, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Antara pemain JDT yang turut memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi Pestabola Merdeka edisi Ke-43 kali ini adalah Ahmad Syihan Hazmi, Matthew Davies, Feroz Baharudin, Corbin Ong, Arif Aiman Hanapi, Mohd Afiq Fazail, Safawi Rasid, Akhyar Rasid, Azam Azmi Murad, Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad dan Endrick Dos Santos.
#bola sepak #Harimau Malaya #Lubnan #Pestabola Merdeka #Miodrag Radulovic