Barcelona telah menandatangani semula bekas pemain tengah Chelsea dan Southampton, Oriol Romeu, dan memasukkan klausa pelepasan setinggi £347 juta (RM2.3 bilion) ke dalam kontraknya.

Bakat Romeu, 31, digilap melalui akademi Barca tetapi dia hanya sempat muncul satu perlawanan liga untuk kelab Catalan itu sebelum menyertai Chelsea pada 2011.

12 tahun kemudian, Barcelona kemudian mengumumkan kepulangan pemain tengah itu ke Nou Camp dengan perjanjian tiga tahun selepas semusim mewakili seteru LaLiga, Girona.

Dilahirkan di Catalonia, Romeu pernah menyertai di akademi Espanyol sebelum beralih ke pasukan remaja Barca dan mendapat penampilan sulungnya di bawah kendalian Pep Guardiola pada 2011.




Perpindahan ke Chelsea menyusuli beberapa bulan kemudian tetapi di Southampton, di mana dia mengukuhkan tempatnya sebagai muka tetap dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membuat 256 penampilan selama tujuh tahun di St Mary's sebelum berhijrah pada 2022.

Romeu merupakan pemain tetap Girona musim lalu dan kini akan kembali memperkuatkan barisan Barcelona di bawah bekas rakan sepasukannya, Xavi.