Paul Pogba tolak bersara awal walaupun digantung empat tahun
Saufi Tahir
July 2, 2024 01:03 MYT
July 2, 2024 01:03 MYT
Bintang Juventus, Paul Pogba, menegaskan bahawa dia tidak akan bersara dari kancah bola sepak walaupun terpalit dengan penggantungan positif doping selama empat tahun.
Dia diuji positf dengan penggunaan doping buat kali kedua, dan telah dikenakan sekatan daripada terlibat dalam sukan bola sepak sejak Februari.
Keputusan itu bermakna dia tidak akan dapat bermain bola sepak sehingga Ogos 2027 ketika berusia 34 tahun, tetapi dia masih menunggu tarikh pendengaran kes daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk memohon agar tempoh penggantungannya dapat dikurangkan.
??? ????????????? ?@paulpogba #FiersdetreBleus pic.twitter.com/SPq1vVsRua
— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) July 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Masih ada peluang untuk melawan ketidakadilan, itulah yang saya percaya," katanya kepada Sky Sport Itali semasa menghadiri perlawanan pusingan 16 Perancis menentang Belgium.
"Mari kita lihat. Semoga keadaan akan menjadi lebih baik, saya sentiasa positif.
"Saya tidak pernah berkata (karier) saya sudah tamat, dan Pogba tidak wujud lagi. Kerana Pogba masih di sini. Hari ini saya di sini dan anda tidak akan pernah melihat saya mengatakan bahawa masa saya sudah berakhir.
Fino alla fine ? pic.twitter.com/o8WHyX4AvB
— Paul Pogba (@paulpogba) September 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya masih berasakan seperti pemain bola sepak, saya masih berlatih, dan inilah saat-saat di mana saya perlu bersikap positif. Saya bersama keluarga saya, menghabiskan banyak masa bersama mereka, melihat anak-anak saya membesar." katanya.