Paris 2024: Simone Biles tutup kempen Sukan Olimpik dengan pencapaian hebat

Najmi Iman
August 5, 2024 01:52 MYT
Bintang Amerika Syarikat, Simone Biles, melakukan pencapaian terbesar dalam kariernya sebagai atlet gimnastik selepas mengutip tiga pingat emas dan satu pingat perak di Sukan Olimpik Paris 2024.
Secara keseluruhan menyaksikan atlet berusia 27 tahun itu telah menggondol tujuh pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa sepanjang penampilannya dalam temasya berprestij itu.
Kini, Biles merupakan gimnas wanita ketiga paling berjaya dalam sejarah Sukan Olimpik selepas mengumpul 11 pingat dalam sukan tersebut.

Simone Biles finishes her Paris Olympics with three golds and a silver ???? She now has 11 career Olympic medals, tied for the second most all time by a women's gymnast ? pic.twitter.com/FlQUseRpXC

— ESPN (@espn) August 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun tidak berjaya melepasi catatan rekod atlet gimnas wanita paling utama, Larisa Latynina, Biles tidak melahirkan rasa kekecewaannya, malah teruja dan bangga dengan persembahan yang ditonjolkan.
"Saya telah mencapai lebih daripada impian yang saya mahukan, saya cukup berbangga dengan diri sendiri dan sentiasa akan bersaing dengan atlet lain," katanya.
#Gimnastik #Simone Biles #Sukan Olimpik Paris 2024