Paris 2024: Simone Biles anggap dirinya peroleh kejayaan luar jangkaan
Ammar Hakim
August 5, 2024 07:57 MYT
August 5, 2024 07:57 MYT
Simone Biles berasakan dia mencapai pencapaian di luar 'impiannya' di Sukan Olimpik Paris walaupun gagal menambah kilauan tiga pingat emas telah diperoleh bagi edisi kali ini.
Setelah memenangi emas dalam acara berpasukan, acara keseluruhan dan melombol, Biles dalam usaha melengkapkan perjalanannya di Perancis dengan lebih banyak kejayaan dalam acara titian dan lantai.
Bagaimanapun, bintang Pasukan Amerika Syarikat itu terjatuh dan menduduki tempat kelima dalam acara titian sementara terlepas pingat emas, tewas kepada Rebeca Andrade dari Brazil.
Secara keseluruhan, Biles kini telah memenangi 11 pingat Olimpik secara keseluruhan -- tujuh emas, dua perak dan dua gangsa.
Larisa Latynina, yang memenangi 18 pingat untuk Kesatuan Soviet, adalah gimnas wanita paling berjaya dalam sejarah Olimpik.
Dia tidak kecewa dengan dirinya sendiri kerana gagal mendekati rekod itu, dan memberitahu, "Saya tidak kecewa dengan persembahan saya, saya sebenarnya gembira, bangga dan lebih teruja kerana ia sudah berakhir, kini sudah tiada tekanan.
+ ????#ParisOlympics pic.twitter.com/RwqnGRiTW3
— Team USA (@TeamUSA) August 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya telah mencapai lebih daripada apa yang saya impikan, bukan sahaja di Olimpik ini tetapi dalam sukan, jadi saya tidak boleh kecewa dengan persembahan saya.
"Saya cukup berbangga dengan diri sendiri dan ia sentiasa teruja untuk bertanding."