Paris 2024: Kontinjen negara terima perlindungan insurans Allianz

Muzaffar Musa
July 20, 2024 16:37 MYT
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan bahawa Allianz Malaysia Berhad, rakan kongsi insurans rasminya, akan memberikan perlindungan kepada seluruh kontinjen Malaysia yang akan bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024 bermula minggu depan.
“Allianz Malaysia mula menyokong MOM sejak tahun lalu dan sebahagian daripada penajaan mereka termasuk perlindungan untuk kontinjen Malaysia dalam semua temasya sukan utama di bawah bidang kuasa MOM,” kata Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria.
Norza menambah: "Untuk Sukan Olimpik Paris, kontinjen Malaysia, yang dikuasakan oleh 26 atlet, akan dilindungi oleh Allianz sepanjang berada di Paris
“Sokongan daripada Allianz, jenama global dan syarikat insurans terkemuka, akan memberikan keyakinan dan galakan kepada atlet kita apabila mereka mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik," katanya.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Allianz akan menyediakan perlindungan insurans perjalanan kepada seluruh kontinjen Malaysia, termasuk pegawai dari MOM.
Allianz Malaysia juga akan meneruskan program “MoveForward” untuk atlet dan bekas atlet negara.
Program ini bertujuan untuk menyokong atlet semasa peralihan daripada kerjaya sukan dengan meningkatkan kemahiran insaniah dan celik kewangan.
#MOM #Sukan Olimpik #Majlis Olimpik Malaysia #Allianz #Paris 2024