Pamer permulaan hambar, Al-Nassr lepaskan khidmat Luis Castro

Ammar Hakim
September 17, 2024 07:45 MYT
Al-Nassr memburu jurulatih baharu selepas melepaskan khidmat ketua jurulatih Luis Castro, kelab Liga Pro Saudi itu mengesahkannya semalam.
Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan bergelut untuk mempamerkan permulaan yang cemerlang, apabila sekadar meraih satu kemenangan daripada tiga perlawanan liga musim ini.
Kelab yang berpangkalan di Riyadh itu turut tewas dalam aksi final Piala Super Saudi 4-1 di tangan Al-Hilal bulan lalu.
Al-Nassr mengambil langkah untuk berpisah dengan pengendali berusia 63 tahun itu, yang sebelum ini mengendalikan kelab Serie A Brazil, Botafago.
"Semua orang di Al-Nassr ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis dan kakitangannya atas kerja berdedikasi mereka sepanjang 14 bulan lalu," kata kelab itu dalam satu kenyataan ringkas di media sosial.

AlNassr can announce that Head Coach Luis Castro has left the Club. Everyone at AlNassr would like to thank Luis and his staff for their dedicated work during the past 14 months, wishing them the best of luck for the future. pic.twitter.com/FznpvPHG0T

— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) September 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Castro, rakan senegara Portugal kepada Ronaldo, mengetuai kelab itu menjulang Piala Juara-Juara Kelab Arab tahun lalu, pertandingan yang dipertandingkan oleh 37 pasukan dari Asia dan Afrika.
Bagaimanapun, Al-Nassr menduduki tempat kedua dalam liga musim lalu, 14 mata di belakang Al-Hilal kendalian Jorge Jesus, yang diilhamkan oleh eksploitasi menjaringkan gol Aleksandar Mitrovic.
Al-Nassr seri 1-1 menentang Al-Shorta dari Iraq pada hari Isnin dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Elit (ACLE), yang terbukti menjadi perlawanan terakhir Castro di pucuk pimpinan.
Stefano Pioli, bekas AC Milan, adalah salah seorang pengganti pilihan Al-Nassr menurut laporan media tempatan Saudi.
#Cristiano Ronaldo #Luis Castro #Al-Nassr
;