Ong Kim Swee ke Indonesia?
Aleqha Zainal
November 23, 2024 19:59 MYT
November 23, 2024 19:59 MYT
Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, dilaporkan bakal membuka lembaran baru selepas penampilan terakhirnya bersama Sabah dalam aksi Unifi Piala Malaysia menentang PT Athletic sebentar tadi.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal, bekas pengendali skuad kebangsaan itu difahamkan memilih kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo, sebagai destinasi barunya.
Kim Swee secara rasmi meninggalkan tugasnya sebagai ketua jurulatih The Rhinos selepas kontraknya tamat bulan ini.
Keputusan itu diumumkannya dengan penuh berat hati kelmarin, yang menandakan penamat kepada tempoh 36 bulan kecemerlangannya di Kota Kinabalu sejak 2021.
Di bawah bimbingannya, Sabah mencapai beberapa kejayaan penting, termasuk prestasi cemerlangnya membawa pasukan itu menamatkan Liga Super dalam kelompok tiga teratas bagi dua musim berturut-turut selain layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC musim lalu.
Penampilan terakhir Datuk Ong Kim Swee bersama Sabah sebelum buka lembaran baru, difahamkan Persis Solo jadi destinasi andai memilih ke Liga 1 Indonesia. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/IcIAqHVe1p
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.