Onana mahu cipta legasi sendiri selepas lengkapkan perpindahan ke Manchester United
Ammar Hakim
July 21, 2023 09:43 MYT
July 21, 2023 09:43 MYT
Penjaga gol baharu Manchester United, Andre Onana, tidak sabar untuk mencipta legasinya sendiri di Old Trafford selepas dia melengkapkan perpindahannya ke kelab itu pada malam Khamis.
United mencapai persetujuan dengan Inter Milan untuk menandatangani Onana dengan harga awal EURO51 juta dan pemain berusia 27 tahun itu kini telah mengesahkan perpindahannya ke kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Onana telah menandatangani perjanjian lima tahun dan menyasarkan untuk membantu pengendali pasukan, Erik Ten Hag, memperoleh lebih banyak kejayaan.
That's his name ?@AndreyOnana is United! ?#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) July 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia berkata, “Menyertai Manchester United adalah satu penghormatan yang luar biasa dan saya telah bekerja keras sepanjang hidup saya untuk sampai ke saat ini, mengatasi banyak halangan sepanjang perjalanan.
“Berjalan keluar di Old Trafford untuk mempertahankan gawang dan menyumbang kepada pasukan akan menjadi satu lagi pengalaman yang menakjubkan. Ini adalah permulaan perjalanan baharu bagi saya, dengan rakan sepasukan baharu dan cita-cita baharu untuk diperjuangkan.
“Manchester United mempunyai sejarah panjang penjaga gol yang luar biasa, dan saya kini akan memberikan segala-galanya untuk mencipta legasi saya sendiri pada tahun-tahun akan datang.
"Saya teruja dengan peluang untuk bekerja semula dengan Erik ten Hag, dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam kejayaan yang saya tahu dia berazam untuk mencapainya di kelab bola sepak yang hebat ini."